Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

Doa Rosari: Kumpulan Bersama Keluarga Katolik, Jalan Apas Tawau, Sabah.

 

Doa Rosari: Kumpulan Bersama Keluarga Katolik, Jalan Apas Tawau, Sabah.

 

 

RosariChrist Rosari

 

 

Doa Rosari Lagu Pujian Komen / Links

 

 

Selamat datang ke laman web rasmi "Doa Rosari: Kumpulan Bersama Keluarga Katolik, Jalan Apas Tawau, Sabah. Kumpulan ini dianggotai majoritinya oleh suku kaum Timor dan juga sebilangan kecil suku kaum Toraja. Pada tahun 1998, kumpulan ini, atas inisiatif sendiri dan atas kesedaran iman telah mula bergerak dari rumah ke rumah di sekitar perkampungan Jalan Apas Batu 1 1/2 Tawau, untuk berdoa Rosari.

 

Kumpulan yang dianggotai oleh semua keluarga Katolik ini, biasanya akan menjalankan kelompok doa rosari dari rumah ke rumah di sepanjang bulan Mei dan di sepanjang bulan Oktober. Setakat ini, ada sebanyak 15 rumah dan hampir 30 buah keluarga yang terlibat dalam kumpulan doa ini.

 

Laman web ini akan memaparkan Doa Rosari yang digunakan oleh kumpulan ini. Disamping Doa Rosari yang biasa, laman web ini juga akan menyiarkan lagu-lagu pujian yang dinyanyikan dalam Doa Rosari kumpulan ini. Himpunan lagu-lagu ini turut memuatkan tiga buah lagu pujian yang dinyanyikan dalam bahasa Timor (Maumere). Kesemua doa dan lagu pujian ini diambil dari buku "Doa Rosari: Kumpulan Bersama Keluarga Katolik, Jalan Apas Tawau, Sabah"

 

Buku berkenaan merupakan buku rasmi kumpulan ini. Walau bagaimanapun, buku ini tidak memuatkan sebutan "peristiwa-peristiwa dan misteri-misteri di dalam Doa Rosari" Ini kerana bagi tujuan doa dan rujukan, ahli-ahli kumpulan ini akan merujuk buku "Panduan Berdoa Rosari" yang diterbitkan oleh Daughters Of St Paul, Kota Kinabalu, Sabah.

 

Semoga inisiatif Kumpulan Bersama Keluarga Katolik, Jalan Apas Tawau, Sabah ini akan menjadi pedoman kepada keluarga katolik yang lain. Dan semoga Tuhan akan sentiasa memberkati kumpulan ini. Amin.

 

 

Doa Rosari

 webmaster@rosari.8m.com